Senyumlah Wahai Teman2 ku :)


senyumlah wahai rakan2 ku ... jangan la tension2 ... senyum ni ada kebaikan nya ... salah satu daripadanya ialah dapat mengubati penyakit ....aku sendiri pernah alami benda ni tau !! sila click read more :)

ni yang aku nk cita sikit ni ... aku ni seorang yang susah nk demam ... tapi sbenarnya aku agak suka ( terlebih suka) rasa demam ni ...ngeheheheh ...sbb  demam bermaksud ,,, TIADA SEKOLAH ..... wahahahaa
slalunya kalo rasa mcm nk demam tu ,, msti time aku ada kat skolah ....terlebih happy punya pasal ,, smpai membuatkan aku tersenyum kerana demam ,, tambah2 lagi kwn2 aku yg agak sewel tu buat lawak ... x sampai sehari ,, demam tu dah baik ....rasa menyesal lak aku senyum2 a.k.a gelak2 ...wahahahaha

jadi kepada yang x suka demam tu ,, sentiasa lah senyum ...bukan kepada mereka saja ...tapi juga kepada semua manusia2 yang berada diatas bumi ni .... ni aku nk kasi info skit pasal kebaikan senyum :)



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat yang sama seperti bersenam 10 minit.

4. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

5. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

6. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dapat mengelakkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi. strok, atritis dan ulser

7. Dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

p/s = harap info ringkas ini dapat memberi anda pengetahuan yang sangat berguna :) SMILE !!!

No comments:

Post a Comment